Friday, 6 July 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID, 1 SUKAN, 1 Malaysia

Program senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia akan diadakan pada 10 Julai 2012 (Selasa) bertempat di Padang Sekolah Sekolah Kebangsaan Kampong Tekajong Daro. Perlancaran serentak untuk seluruh negara akan di rasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato Haji MUHYIDDIN Mohd Yassin, yang kemudiannya mengetuai senaman arobik di Komplek Sekolah Wawasan , USJ Subang Jaya jam 7.45 pagi.
                 Sehubungan, semua pelajar-pelajar , guru-guru, ibu-bapa dan masyarakat Kampong Tekajong dijemput untuk bersama-sama menyumbang dan sama-sama menyertai program ini yang hanya akan diadakan sekali bagi tahun 2012 ini. Penyertaan anda merupakan satu sokongan yang amat bermakna untuk negara. 





.

YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj.Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Pelajaran Malaysia


"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!  :)








Saturday, 9 June 2012

Perkhemahan Pengakap Zon Tg Sirik 2012

SK Kg Tekajong telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Perkhemahan Pengakap bagi Zon Tanjung Sirik tahun 2012. Perkhemahan ini akan dijalankan mulai 14 hb Jun sehingga 16 Jun 2012.

Objektif utama Perhemahan ini diadakan adalah sebagai kesinambungan  pembelajaran dikelas dan aplikasi kemahiran kepada peserta-peserta yang terlibat. Selain itu, aktiviti ini juga boleh mengeratkan silaturahim dikalangan guru-guru dan ibu-bapa pelajar. Sebanyak 6 buah sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti ini yang akan berlansung selama 3 hari.

Pelbagai aktiviti telah direncanakan dalam perkhemahan ini dan diharap ianya akan memberi pulangan yang positif bukan sahaja kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian malah kepada guru-guru , ibu-bapa dan juga penduduk setempat.

Pihak penganjur juga ingin merakamkan ribuan penghargaan dan  terima kasih kepada Yang Berhormat Norah binti Abdul Rahman Ahli Parlimen P.206 Tanjung Manis yang telah bersungguh-sungguh menyokong dan  membiayai perkhemahan ini. Jasa yang Berhormat tidak akan kami lupai. Kemajuan Tanjung Sirik harapan kami.



Kepada penduduk setempat, datanglah beramai-ramai dan sokonglah usaha murni sekolah-sekolah Tanjung Zon Tanjung Sirik.

"MAJU ZON TANJUNG SIRIK KERANA ANDA"

Untuk Pertanyaan Lanjut, sila hubungi:
Cikgu Anthony Hashim,
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK Kampong Tekajong, Daro
Merangkap Komanden Perkhemahan

SERTAI KAMI DI FACEBOOK

Sunday, 27 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru 2012

SK Kpg Tekajong telah meraiekan sambutan Hari Guru 2012 pada 22.05.2012. Pelbagai aktiviti telah di jalankan. Disebelah pagi diadakan acara perasmian yang dilakukan perasmiannya oleh Tuan Penghulu Kampung Tekajong. Diantara aturcara yang berjaya disempurnakan pada pagi itu adalah:




  •  Ucapan Perutusan Hari Guru dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan  oleh Guru Besar.
  • Ucapan Perasmian Hari Guru Oleh Penghulu Kpg Tekajong.
  • Nyanyian Lagu Negaraku.
  • Nyanyian Lagu "Guru Malaysia" dan "Pendidik Bumi Kenyalang" yang di sampaikan oleh warga pendidik SK Kpg Tekajong.
  • Persembahan koir dan sajak oleh para pelajar.
  • Pemotongan Pulut Kuning