Objektif utama Perhemahan ini diadakan adalah sebagai kesinambungan pembelajaran dikelas dan aplikasi kemahiran kepada peserta-peserta yang terlibat. Selain itu, aktiviti ini juga boleh mengeratkan silaturahim dikalangan guru-guru dan ibu-bapa pelajar. Sebanyak 6 buah sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti ini yang akan berlansung selama 3 hari.
Pelbagai aktiviti telah direncanakan dalam perkhemahan ini dan diharap ianya akan memberi pulangan yang positif bukan sahaja kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian malah kepada guru-guru , ibu-bapa dan juga penduduk setempat.
Pihak penganjur juga ingin merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Norah binti Abdul Rahman Ahli Parlimen P.206 Tanjung Manis yang telah bersungguh-sungguh menyokong dan membiayai perkhemahan ini. Jasa yang Berhormat tidak akan kami lupai. Kemajuan Tanjung Sirik harapan kami.
Kepada penduduk setempat, datanglah beramai-ramai dan sokonglah usaha murni sekolah-sekolah Tanjung Zon Tanjung Sirik.
"MAJU ZON TANJUNG SIRIK KERANA ANDA"
Untuk Pertanyaan Lanjut, sila hubungi:
Cikgu Anthony Hashim,
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK Kampong Tekajong, Daro
Merangkap Komanden Perkhemahan
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
No comments:
Post a Comment