Sambutan Hari Guru 2012
Sambutan Hari Guru 2012
SK Kpg Tekajong telah meraiekan sambutan Hari Guru 2012 pada 22.05.2012. Pelbagai aktiviti telah di jalankan. Disebelah pagi diadakan acara perasmian yang dilakukan perasmiannya oleh Tuan Penghulu Kampung Tekajong. Diantara aturcara yang berjaya disempurnakan pada pagi itu adalah:
- Ucapan Perutusan Hari Guru dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Guru Besar.
- Ucapan Perasmian Hari Guru Oleh Penghulu Kpg Tekajong.
- Nyanyian Lagu "Guru Malaysia" dan "Pendidik Bumi Kenyalang" yang di sampaikan oleh warga pendidik SK Kpg Tekajong.
- Persembahan koir dan sajak oleh para pelajar.
No comments:
Post a Comment