SK Kg Tekajong telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Perkhemahan Pengakap bagi Zon Tanjung Sirik tahun 2012. Perkhemahan ini akan dijalankan mulai 14 hb Jun sehingga 16 Jun 2012.
Objektif utama Perhemahan ini diadakan adalah sebagai kesinambungan pembelajaran dikelas dan aplikasi kemahiran kepada peserta-peserta yang terlibat. Selain itu, aktiviti ini juga boleh mengeratkan silaturahim dikalangan guru-guru dan ibu-bapa pelajar. Sebanyak 6 buah sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti ini yang akan berlansung selama 3 hari.
Pelbagai aktiviti telah direncanakan dalam perkhemahan ini dan diharap ianya akan memberi pulangan yang positif bukan sahaja kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian malah kepada guru-guru , ibu-bapa dan juga penduduk setempat.
Pihak penganjur juga ingin merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berhormat Norah binti Abdul Rahman Ahli Parlimen P.206 Tanjung Manis yang telah bersungguh-sungguh menyokong dan membiayai perkhemahan ini. Jasa yang Berhormat tidak akan kami lupai. Kemajuan Tanjung Sirik harapan kami.
Kepada penduduk setempat, datanglah beramai-ramai dan sokonglah usaha murni sekolah-sekolah Tanjung Zon Tanjung Sirik.
"MAJU ZON TANJUNG SIRIK KERANA ANDA"
Untuk Pertanyaan Lanjut, sila hubungi:
Cikgu Anthony Hashim,
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK Kampong Tekajong, Daro
Merangkap Komanden Perkhemahan
SERTAI KAMI DI FACEBOOK